Malaysia legislation
Section 27
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 27
(a)
mana-mana pegawai polis;
(b)
mana-mana pegawai imigresen;
(c)
mana-mana Pegawai kastam;
(d)
mana-mana pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia; dan
(e)
mana-mana Pegawai Tenaga Kerja.
(1a)
Menteri bolehlah, selepas berunding dengan mana-mana
Menteri berkaitan lain, melantik mana-mana pegawai awam sebagaimana yang difikirkan perlu sebagai pegawai penguat kuasa bagi maksud Akta ini dan pegawai awam itu yang dilantik sedemikian bolehlah menjalankan segala kuasa penguatkuasaan.
(1b)
Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1a) hendaklah disiarkan dalam Warta.
(2)
Seseorang pegawai penguat kuasa apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah menyatakan jawatannya dan hendaklah mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak apa-apa kad kuasa yang telah dikeluarkan kepadanya.
Kuasa penyiasatan