Malaysia legislation

Section 2

of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan;

“dokumen perjalanan atau pengenalan diri fraud” ertinya sesuatu dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang—

(a)

telah dibuat, atau diubah dalam bentuk yang material, oleh seseorang selain orang atau agensi yang diberi kuasa yang sah untuk membuat atau mengeluarkan dokumen perjalanan atau pengenalan diri bagi pihak sesebuah negara;

(b)

telah dikeluarkan atau telah diperoleh melalui salah nyataan, rasuah atau dures atau dalam apa-apa cara lain yang menyalahi undang-undang; atau

(c)

sedang digunakan dengan salah oleh seseorang selain pemegang yang sah;

“eksploitasi” termasuklah segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia;

“kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Sesyen;

“Majlis” ertinya Majlis bagi Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;

Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007 11

“migran yang diseludup” ertinya seseorang yang menjadi objek perbuatan penyeludupan migran, tidak kira sama ada orang itu turut serta dalam perbuatan penyeludupan migran itu;

“negara penerima” ertinya suatu negara yang ke dalamnya orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup dibawa sebagai sebahagian daripada perbuatan pemerdagangan orang atau penyeludupan migran, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“negara transit” ertinya suatu negara yang darinya, atau yang ke dalam atau melaluinya, orang yang diperdagangkan atau migran yang diseludup, mengikut mana-mana yang berkenaan, dibawa atau membuat perjalanan melalui darat, laut atau udara atau tinggal secara sementara di dalamnya sebagai sebahagian daripada perbuatan pemerdagangan orang atau penyeludupan migran;

“orang yang diperdagangkan” ertinya mana-mana orang yang menjadi mangsa atau objek perbuatan pemerdagangan orang;

“pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Agensi

Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 [Akta 633];

“Pegawai Tenaga Kerja” ertinya Pegawai Tenaga Kerja yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kerja 1955 [Akta 265] atau seksyen 3 Ordinan Buruh Sabah [Sabah Bab 67] atau seksyen 3

Ordinan Buruh Sarawak [Sarawak Bab 76];

“pegawai imigresen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155];

“Pegawai kastam” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“Pegawai Kebajikan Masyarakat” ertinya mana-mana Pegawai

Kebajikan Masyarakat di kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan dan termasuklah mana-mana Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat;

“Pegawai Pelindung” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 43;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 670

“pegawai penguat kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang dinyatakan dalam subseksyen 27(1) atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah subseksyen 27(1a);

“pegawai perubatan” ertinya pengamal perubatan berdaftar dalam perkhidmatan Kerajaan dan termasuklah seseorang pengamal perubatan berdaftar di mana-mana hospital pelatih perubatan sesuatu Universiti;

“pemastautin tetap” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91];

“pemerdagangan orang” ertinya segala perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, memperoleh, mengekalkan, melindungi, menyediakan atau menerima, seseorang, bagi maksud eksploitasi, dengan cara yang berikut:

(a)

ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan yang lain;

(b)

pemelarian;

(c)

fraud;

(d)

perdayaan;

(e)

penyalahgunaan kuasa;

(f)

penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang; atau

(g)

pemberian atau penerimaan bayaran atau faedah untuk memperoleh kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagangkan.

“pengangkut” ertinya mana-mana kenderaan, vesel, kapal, kapal udara, atau apa-apa cara pengangkutan lain sama ada melalui udara, laut atau darat;

“penyeludupan migran” ertinya—

(a)

mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana negara yang orang

Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007 13

itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah; dan

(b)

merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut dalam perenggan (a);

“Perintah Perlindungan” ertinya suatu perintah yang dibuat oleh

Majistret bagi jagaan dan perlindungan orang yang diperdagangkan di bawah perenggan 51(3)(a);

“premis” ertinya rumah, bangunan, kilang, tanah, tenemen, isemen mana-mana pemegangan, sama ada terbuka atau tertutup, sama ada dibina di dalamnya atau tidak, sama ada awam atau persendirian, dan sama ada disenggarakan atau tidak di bawah pihak berkuasa berkanun, dan termasuklah mana-mana kontena;

“tempat perlindungan” ertinya tempat perlindungan yang telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah subseksyen 42(1) Akta ini.

Ruang lingkup pemakaian