Malaysia legislation

Section 34

of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007

Seksyen 34

(a)

hadir di hadapannya bagi pemeriksaan;

(b)

mengemukakan ke hadapannya apa-apa harta alih, rekod, laporan atau dokumen; atau

(c)

memberinya pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar yang menyatakan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendakinya.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007 41

(3)

Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai penguat kuasa, tetapi dia boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(4)

Orang yang membuat pernyataan di bawah perenggan (1)(c)

hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat kesemuanya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan pegawai penguat kuasa itu.

(5)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (3) dan (4).

(6)

Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah subseksyen (3) atau (4) hendaklah dijadikan dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya—

(a)

selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuatnya; dan

(b)

selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Kebolehterimaan pernyataan

Section 34 — AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007