Malaysia legislation

Section 36

of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007

Seksyen 36

(2)

Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dituduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh pada akhir perbicaraan itu, sama ada dia disabitkan atau tidak, memerintahkan supaya pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau mana-mana organ manusia yang disita daripada orang itu dilucuthakkan.

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini—

(a)

dalam hal organ manusia yang disita, organ manusia yang disita itu hendaklah disifatkan dilucuthakkan; dan

Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007 43

(b)

dalam hal pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen yang disita, pegawai penguat kuasa hendaklah menyampaikan suatu notis secara bertulis ke alamat terakhir yang diketahui orang yang daripadanya pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu disita.

(4)

Notis di bawah perenggan (3)(b) hendaklah menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu dan bahawa pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu akan dilucuthakkan apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis melainkan jika suatu tuntutan dibuat oleh orang yang daripadanya pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu disita.

(5)

Apabila notis yang dikeluarkan di bawah perenggan (3)(b)

diterima, mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya mana-mana pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen yang disita di bawah Akta ini yang tidak boleh dilucuthakkan boleh, secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya, memberikan notis bertulis kepada pengawai penguat kuasa yang dalam milikannya pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu dipegang.

(6)

Apabila suatu notis di bawah subseksyen (5) diterima, pegawai penguat kuasa yang membuat penyitaan hendaklah merujuk perkara itu kepada Mahkamah bagi penentuannya.

(7)

Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujuk hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen dan orang yang daripadanya ia disita hadir ke hadapan Mahkamah itu, dan apabila mereka hadir atau ingkar untuk hadir, dan penyampaian saman dengan sewajarnya telah dibuktikan, Mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu, dan apabila terbukti bahawa pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah memerintahkan supaya pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu dilucuthakkan atau boleh, semasa ketiadaan bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen itu kepada orang yang berhak kepadanya.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 670

(8)

Mana-mana pengangkut, harta alih, buku, rekod, laporan atau dokumen atau mana-mana organ manusia yang dilucuthakkan atau disifatkan dilucuthakkan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai penguat kuasa.

Kos memegang pengangkut, harta alih, dsb., yang disita