Malaysia legislation

Section 40

of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007

Seksyen 40

Pemberian maklumat

(a)

mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai penguat kuasa sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu;

atau

(b)

mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang pegawai penguat kuasa di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikan suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

(a)

kepada kliennya atau wakil kliennya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada klien itu semasa dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

(b)

kepada mana-mana orang dalam menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

(3)

Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 670

(4)

Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, adalah suatu pembelaan untuk membuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau

(b)

dia mempunyai kuasa sah atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu.

Pemulaan pendakwaan