Malaysia legislation

Section 42

of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007

Seksyen 42

(2)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, mengarahkan pengasingan kategori berlainan orang yang diperdagangkan, antara lain, mengikut umur dan jantina sama ada di tempat perlindungan yang sama atau di tempat perlindungan yang berlainan.

Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007 47

(3)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengurusan, pentadbiran dan kawalan ke atas tempat perlindungan yang diisytiharkan di bawah subseksyen (1), orang yang diperdagangkan di tempat perlindungan itu dan Pegawai

Pelindung yang dilantik di bawah seksyen 43.

(4)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat boleh memberikan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara, sama ada secara am atau khusus bagi maksud yang disebut dalam subseksyen (3).

Pelantikan Pegawai Pelindung