Malaysia legislation

Section 46

of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007

Seksyen 46

Seseorang pegawai perubatan yang di hadapannya seseorang dibawa di bawah seksyen 45—

(a)

hendaklah menjalankan atau menyebabkan dijalankan suatu pemeriksaan ke atas orang itu;

Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007 49

(b)

boleh dalam memeriksa orang itu dan jika dibenarkan oleh pegawai penguat kuasa, menjalankan atau menyebabkan dijalankan apa-apa tatacara dan ujian sebagaimana yang perlu untuk mendiagnosis keadaan orang itu; atau

(c)

boleh memberikan atau menyebabkan diberikan apa-apa rawatan sebagaimana yang dirasakannya perlu hasil daripada diagnosis itu.

Kebenaran untuk dimasukkan ke hospital