Malaysia legislation
Section 51
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 51
(a)
seorang pegawai penguat kuasa hendaklah menyiasat keadaan kes orang itu bagi maksud menentukan sama ada orang itu adalah orang yang diperdagangkan di bawah
Akta ini; dan
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 51
(b)
seorang Pegawai Pelindung hendaklah menjalankan siasatan terhadap latar belakang orang itu.
(2)
Apabila selesai sesuatu penyiasatan dan siasatan di bawah subseksyen (1), pegawai penguat kuasa dan Pegawai Pelindung hendaklah secara bersama menyediakan suatu laporan dan mengemukakan laporan itu bersama-sama dengan orang itu ke hadapan Mahkamah Majistret bagi maksud memuaskan hati
Majistret bahawa orang itu adalah orang yang diperdagangkan di bawah Akta ini.
(3)
Jika Majistret, selepas membaca laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (2), berpuas hati bahawa orang yang dibawa ke hadapannya—
(a)
ialah orang yang diperdagangkan dan memerlukan jagaan dan perlindungan, Majistret boleh membuat suatu Perintah
Perlindungan—
(i)
dalam hal orang yang diperdagangkan ialah seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia, memerintahkan orang yang diperdagangkan itu ditempatkan di tempat perlindungan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dari tarikh perintah itu;
atau
(ii)
dalam hal orang yang diperdagangkan ialah seorang warganegara asing, memerintahkan orang yang diperdagangkan itu ditempatkan di tempat perlindungan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dari tarikh perintah itu, dan selepas itu melepaskannya kepada pegawai imigresen untuk tindakan yang perlu mengikut peruntukan
Akta Imigresen 1959/63;
(b)
bukan orang yang diperdagangkan, Majistret boleh—
(i)
dalam hal seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia, memerintahkan orang itu dilepaskan;
atau
(ii)
dalam hal seorang warganegara asing, memerintahkan orang itu dilepaskan kepada pegawai imigresen untuk tindakan yang perlu mengikut peruntukan
Akta Imigresen 1959/63.
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 670
(4)
Majistret boleh pada bila-bila masa, atas permohonan pegawai penguat kuasa atau Pegawai Pelindung, mengikut mana-mana yang berkenaan, melanjutkan atau membatalkan
Perintah Perlindungan yang dibuat di bawah seksyen ini.
(5)
Walau apa pun subseksyen (4), jika orang yang diperdagangkan itu ialah seorang warganegara asing, suatu pelanjutan Perintah
Perlindungan boleh diberikan hanya bagi maksud menyelesaikan perakaman keterangan di bawah seksyen 52, perakaman deposisi bagi maksud seksyen 61a atau bagi apa-apa keadaan luar biasa sebagaimana yang ditentukan oleh Majistret itu.
(6)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan apa-apa pendakwaan sesuatu perbuatan pemerdagangan orang di bawah Akta ini.
Kebenaran bagi orang yang diperdagangkan untuk bergerak bebas dan untuk bekerja 51a. (1) Tertakluk pada mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 66, mana-mana orang yang kepadanya perintah perlindungan interim telah diberi, atau mana-mana orang yang diperdagangkan yang kepadanya Perintah Perlindungan telah diberi, boleh diberikan kebenaran oleh Majlis—
(a)
untuk bergerak bebas; atau
(b)
untuk diambil bekerja, bertugas atau berkontrak dengan untuk menjalankan kerja dalam apa-apa pekerjaan semasa tempoh perintah perlindungan interim atau Perintah
Perlindungan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Seseorang warganegara asing yang diberikan kebenaran untuk bekerja di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk pada mana-mana sekatan dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan yang berhubungan dengan pekerjaan warganegara asing di Malaysia.
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 53
Perakaman keterangan orang yang diperdagangkan