Malaysia legislation
Section 52
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 52
(2)
Hakim Mahkamah Sesyen boleh, atas permohonan itu, mengeluarkan saman atau perintah yang ditujukan kepada orang yang bertanggungjawab ke atas tempat perlindungan di mana orang yang diperdagangkan itu ditempatkan, atau kepada pegawai penguat kuasa yang menyiasat hal keadaan kes seseorang orang yang diperdagangkan, menghendakinya untuk mengemukakan orang yang diperdagangkan itu pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman atau perintah itu.
(3)
Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah merakamkan keterangan orang yang diperdagangkan itu dan menyelesaikan perakaman itu dalam masa tujuh hari dari tarikh pengemukaan orang yang diperdagangkan itu ke hadapannya.
(4)
Semasa perakaman keterangan orang yang diperdagangkan itu, dia hendaklah diperiksa mengikut peruntukan Akta Keterangan 1950.
(5)
Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah menyebabkan keterangan yang diambil dijadikan dalam bentuk bertulis dan, pada akhir tulisan itu, hendaklah menandatangani keterangan itu.
(6)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, keterangan yang dirakam di bawah seksyen ini hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah
Akta ini dan berat yang diletakkan pada keterangan itu hendaklah sama sebagaimana seorang saksi yang hadir dan memberi keterangan dalam suatu prosiding.
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 670
Permohonan oleh ibu atau bapa, penjaga atau saudara