Malaysia legislation

Section 53

of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007

Seksyen 53

(2)

Ibu atau bapa, penjaga atau saudara orang yang diperdagangkan itu hendaklah menyerahkan satu salinan permohonan itu kepada

Pegawai Pelindung.

(3)

Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (2),

Pegawai Pelindung hendaklah menyebabkan suatu laporan disediakan berhubung dengan—

(a)

orang yang diperdagangkan itu;

(b)

status apa-apa penyiasatan atau pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang berhubung dengan orang yang diperdagangkan itu;

(c)

latar belakang orang yang diperdagangkan itu, ibu atau bapa, penjaga atau saudaranya; atau

(d)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang Pegawai Pelindung fikirkan berkaitan, untuk membolehkan Majistret menentukan permohonan demi kepentingan terbaik orang yang diperdagangkan itu.

(4)

Majistret hendaklah, apabila menerima permohonan itu, menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan itu, dan hendaklah dengan notis bertulis, memaklumkan ibu atau bapa, penjaga atau saudara orang yang diperdagangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pegawai Pelindung atau orang lain yang Majistret fikirkan patut, dan hendaklah menghendaki supaya orang yang diperdagangkan itu hadir ke hadapannya pada tarikh yang ditetapkan.

Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007 55

(5)

Selepas mendengar permohonan dan membaca laporan

Pegawai Pelindung, dan jika Majistret berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan terbaik orang yang diperdagangkan itu, dia boleh—

(a)

meletakkan orang itu ke dalam jagaan dan perlindungan ibu atau bapa, penjaga atau saudara orang itu dengan syarat-syarat yang dia fikirkan patut untuk dikenakan;

(b)

menghendaki ibu atau bapa, penjaga atau saudara orang itu untuk menandatangani bon; atau

(c)

menghendaki orang itu diletakkan di bawah pengawasan seorang Pegawai Pelindung, untuk suatu tempoh yang akan ditetapkan oleh Majistret itu.

(6)

Majistret boleh, pada bila-bila masa, membatalkan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (5).

Pelepasan orang yang diperdagangkan