Malaysia legislation

Section 54

of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007

Seksyen 54

(a)

dalam hal orang yang diperdagangkan ialah seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia, melepaskan orang itu; atau

(b)

dalam hal orang yang diperdagangkan ialah seorang warganegara asing yang mempunyai dokumen yang sah dan telah diambil bekerja, melepaskan orang yang diperdagangkan itu, atau dalam apa-apa hal lain sebagaimana yang boleh ditetapkan, melepaskan orang itu kepada pegawai imigresen untuk dihantar balik ke negara asalnya mengikut mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan imigresen.

(2)

Pegawai imigresen itu hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk menguruskan penghantaran balik orang itu ke negara asalnya tanpa kelengahan yang tidak perlu, dengan mengambil kira keselamatannya.

Undang-Undang Malaysia 56

Akta 670

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), mahkamah boleh, atas suatu permohonan yang dibuat oleh Pegawai Pelindung atau pegawai penguat kuasa, dan setelah berpuas hati bahawa orang yang diperdagangkan itu memerlukan jagaan dan perlindungan lanjut atas sebab yang munasabah atau bagi maksud pengurusan penghantaran pulang, membuat perintah supaya orang yang diperdagangkan itu ditempatkan di tempat perlindungan bagi apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majistret.

Orang yang diperdagangkan yang melarikan diri atau dipindahkan dari tempat perlindungan