Malaysia legislation
Section 57
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 57
Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, pada bila-bila masa, atas sebab yang pada hematnya mencukupi, dengan perintah secara bertulis mengarahkan pemindahan mana-mana orang yang diperdagangkan dari suatu tempat perlindungan ke tempat perlindungan yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.