Malaysia legislation
Section 60
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 60
Jika mana-mana pegawai penguat kuasa telah memperoleh apa-apa dokumen atau keterangan lain dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, dokumen atau salinan dokumen itu atau keterangan lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis.