Malaysia legislation
Section 62
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 62
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang lain terhadap—
(a)
mana-mana pegawai penguat kuasa;
(b)
mana-mana Pegawai Pelindung; atau
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 61
(c)
mana-mana orang yang bertindak menurut undang-undang dalam mematuhi apa-apa arahan atau perintah seseorang pegawai penguat kuasa atau Pegawai Pelindung, bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan, atau yang diniatkan menurut atau untuk melaksanakan, Akta ini atau mana-mana perintah bertulis, arahan atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
Penalti am dan penalti lebih berat