Malaysia legislation

Section 64

of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007

Seksyen 64

Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan

Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu, atau yang berupa sebagai bertindak dalam mana-mana kapasiti sedemikian, atau telah dalam apa-apa cara bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian, juga melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya, dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar dilakukannya untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang dia patut jalankan, dengan mengambil kira jenis fungsinya dalam kapasiti itu dan segala hal keadaan.

Section 64 — AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007