Malaysia legislation
Section 65
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 65
Kesalahan oleh pekerja atau ejen
Jika mana-mana orang boleh di bawah Akta ini dikenakan hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, orang itu bolehlah dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran sedemikian oleh mana-mana pekerja atau ejennya atau ejen pekerja itu, jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu, atau oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu oleh ejen itu, atau selainnya bagi pihak ejen itu.
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 63
Pekhidmat awam 65a. Tiap-tiap Pegawai Pelindung, semasa menunaikan kewajipannya sebagai Pegawai Pelindung itu di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian
Kanun Keseksaan [Akta 574].