Malaysia legislation
Section 66
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 66
Peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
(a)
untuk menetapkan fungsi atau perkara lain berhubung dengan Majlis;
(aa) untuk menetapkan kelayakan, syarat, tatacara atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pemberian kebenaran untuk bergerak bebas dan untuk bekerja di bawah seksyen 51a;
(b)
untuk mengadakan peruntukan bagi suatu kesalahan, apa-apa perbuatan atau peninggalan yang bertentangan dengan mana-mana peruntukan mana-mana peraturan-peraturan;
(c)
untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi kesalahan itu;
(d)
untuk menetapkan langkah bagi jagaan dan perlindungan orang yang diperdagangkan di tempat perlindungan;
(e)
untuk menetapkan kuasa dan fungsi Pegawai Pelindung;
(f)
(Dipotong oleh Akta A1644);
(fa) untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran dan pemerdapatan semula apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan berkaitan dengan penahanan, penyenggaraan, rawatan perubatan dan pemindahan dari
Malaysia mana-mana orang di bawah Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 670
(g)
untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang, di bawah Akta ini, adalah dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan.
Perintah pembayaran pampasan kepada orang yang diperdagangkan 66a. (1) Mahkamah yang di hadapannya tertuduh disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh membuat suatu perintah bagi pembayaran oleh orang yang telah disabitkan bagi suatu jumlah yang akan ditetapkan oleh Mahkamah sebagai pampasan kepada orang yang diperdagangkan.
(2)
Berhubung dengan perintah pembayaran pampasan, subseksyen 426(1a), (1b), (1c) dan (1d) Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593] hendaklah terpakai.
(3)
Bagi maksud pembayaran pampasan, seksyen 432 Kanun
Tatacara Jenayah hendaklah terpakai.
(4)
Perintah pembayaran pampasan di bawah seksyen ini tidak menghalang permulaan apa-apa tindakan sivil di Mahkamah oleh orang yang diperdagangkan itu terhadap orang yang telah disabitkan.
Perintah pembayaran gaji tertunggak dalam hal tiada sabitan 66b. (1) Dalam hal tiada sabitan atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini, jika pembayaran gaji adalah tertunggak kepada orang yang dikatakan diperdagangkan, Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah pembayaran gaji yang tertunggak bagi suatu jumlah yang akan ditetapkan oleh Mahkamah kepada orang yang dikatakan diperdagangkan dengan permohonan Pendakwa Raya setelah suatu inkuiri dijalankan oleh Mahkamah.
(2)
Bagi maksud menentukan jumlah gaji yang tertunggak,
Mahkamah hendaklah menjalankan suatu inkuiri dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh keputusan itu untuk menentukan perintah di bawah subseksyen (1).
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), apa-apa keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah
Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan oleh Mahkamah untuk menentukan pembayaran gaji yang tertunggak.
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 65
(4)
Bagi maksud pembayaran gaji yang tertunggak di bawah subseksyen (1), seksyen 432 Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai.
Pencegahan anomali