Malaysia legislation
Section 6
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 6
(2)
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri, yang hendaklah menjadi
Pengerusi;
(b)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri, atau wakilnya;
(c)
(Dipotong oleh Akta A1500);
(d)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, atau wakilnya;
(e)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia, atau wakilnya;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 670
(f)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi pengangkutan, atau wakilnya;
(g)
Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi penerangan, atau wakilnya;
(h)
Peguam Negara Malaysia, atau wakilnya;
(i)
Ketua Polis Negara, atau wakilnya;
(j)
Ketua Pengarah Imigresen, atau wakilnya;
(k)
Ketua Pengarah Kastam, atau wakilnya;
(l)
Ketua Pengarah Penguatkuasaan Maritim Malaysia, atau wakilnya;
(la) Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, atau wakilnya;
(lb) Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau wakilnya;
(lc)
Ketua Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja
Semenanjung Malaysia, atau wakilnya;
(ld)
Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja Sabah, atau wakilnya;
(le) Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, atau wakilnya;
(m)
seorang wakil Kementerian yang berikut:
(i)
Kementerian yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;
(ii)
Kementerian yang bertanggungjawab bagi pertahanan;
(iii)
Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan perubatan dan kesihatan;
(iv)
Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan belia dan sukan;
Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran 2007 17
(v)
Kementerian yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;
(vi)
Kementerian yang bertanggungjawab bagi perusahaan perladangan dan komoditi;
(n)
tidak lebih daripada lima orang daripada pertubuhan bukan kerajaan atau organisasi lain yang berkaitan yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam masalah dan tentang isu yang berhubungan dengan pemerdagangan orang termasuk perlindungan dan bantuan orang yang diperdagangkan, yang dilantik oleh
Menteri; dan
(o)
tidak lebih daripada tiga orang daripada pertubuhan bukan kerajaan atau organisasi lain yang berkaitan yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam masalah dan isu yang berhubungan dengan penyeludupan migran, yang dilantik oleh Menteri.
(3)
Setiap anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (2)(n)
dan (o) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu, memegang jawatan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula.
(4)
Mana-mana anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (2)(n) dan (o) boleh, pada bila-bila masa meletakkan jawatannya, dengan memberi notis secara bertulis kepada Menteri.
(5)
Anggota Majlis yang dinyatakan di bawah subseksyen (2)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
Fungsi dan kuasa Majlis