Malaysia legislation

Section 7

of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007

Seksyen 7

(a)

menyelaraskan pelaksanaan Akta ini;

(b)

merumuskan dasar dan program untuk mencegah dan memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 670

(c)

merumuskan program perlindungan untuk orang yang diperdagangkan;

(d)

memulakan program pendidikan untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap punca dan akibat perbuatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;

(e)

memantau corak imigrasi dan emigrasi di Malaysia bagi bukti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dan mendapatkan respons segera daripada agensi kerajaan yang berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan tentang masalah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran yang dibawa kepada perhatiannya;

(f)

menasihati Kerajaan mengenai isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa terhadap perbuatan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;

(g)

membuat syor kepada Menteri tentang segala aspek mencegah dan memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;

(h)

menyelaraskan perumusan dasar dan memantau pelaksanaan dasar sedemikian ke atas isu-isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran dengan agensi kerajaan yang berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan;

(i)

bekerjasama dan menyelaraskan dengan kerajaan dan organisasi antarabangsa mengenai pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;

(j)

mengumpul dan mengumpul semak data dan maklumat, dan memberikan kebenaran bagi penyelidikan, berhubung dengan mencegah dan memerangi pemerdagangan orang dan penyeludupan migran;

(ja) membayar apa-apa elaun, tertakluk pada ketersediaan wang, kepada orang yang diperdagangkan sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Majlis; dan

Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007 19

(k)

melaksanakan apa-apa fungsi lain bagi pelaksanaan Akta ini dengan sewajarnya.

(2)

Majlis hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang bersampingan secara munasabah dengan, pelaksanaan fungsinya.

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan