Malaysia legislation
Section 9
of AKTA ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN 2007
Seksyen 9
Mesyuarat Majlis
(2)
Tujuh orang anggota, termasuk Pengerusi, hendaklah membentuk kuorum suatu mesyuarat Majlis.
(3)
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Majlis.
(4)
Jika Pengerusi tidak berupaya atas apa jua sebab untuk mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis, mesyuarat itu hendaklah dipengerusikan oleh seorang anggota yang dipilih daripada kalangan anggota yang hadir.
(5)
Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Majlis bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 670
(6)
Dalam mana-mana mesyuarat Majlis, Pengerusi hendaklah mempunyai satu undi biasa dan hendaklah, sekiranya terdapat bilangan undi yang sama banyak, mempunyai undi pemutus.
(7)
Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
(8)
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Majlis boleh membuat kaedah untuk mengawal selia mesyuarat dan prosidingnya.
Penubuhan jawatankuasa