Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Akta 675
“alat pengukur” ertinya apa-apa alat yang digunakan untuk mengukur kuantiti yang boleh ukur fizikal;
“bahan rujukan” ertinya apa-apa bahan yang sifatnya digunakan bagi tentukuran alat pengukur atau penilaian kaedah pengukuran, atau penetapan nilai kepada bahan;
“bahan rujukan diperakui” ertinya suatu bahan rujukan yang dikeluarkan oleh Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan atau oleh mana-mana orang atau badan lain, yang diiktiraf oleh Makmal
Standard Pengukuran Kebangsaan;
“Kementerian” ertinya Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi standard dan akreditasi;
“kuantiti yang boleh ukur” ertinya sifat badan yang berfenomena atau bahan yang boleh dibezakan secara kualitatif dan ditentukan secara kuantitatif;
“Majlis” ertinya Majlis Pengukuran Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;
“Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan” ertinya makmal yang ditubuhkan di bawah seksyen 9;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi standard dan akreditasi;
Sistem Pengukuran Kebangsaan 7
“sistem pengukuran kebangsaan” ertinya infrastruktur teknikal dan organisasi berhubungan dengan pengukuran di dalam Malaysia yang membolehkan individu dan organisasi di Malaysia membuat pengukuran secara berwibawa dan tepat dan yang boleh dikesan kepada Standard Pengukuran Kebangsaan;
“standard pengukuran” ertinya suatu bahan pengukur, alat pengukur, atau sistem pengukur yang disasarkan untuk mentakrifkan, merealisasikan, memulihara atau menghasilkan semula unit atau satu atau lebih nilai kuantiti untuk digunakan sebagai rujukan dalam pengukuran kuantiti yang boleh ukur itu;
“Standard Pengukuran Kebangsaan” ertinya suatu standard pengukuran atau bahan rujukan yang diwujudkan, disenggarakan atau disebabkan supaya disenggarakan oleh Makmal Standard
Pengukuran Kebangsaan atau organisasi yang dilantik di bawah subseksyen 12(1) untuk digunakan sebagai asas bagi memberikan nilai kepada sesuatu kuantiti yang boleh ukur;
“unit asas” ertinya salah satu daripada tujuh unit pengukuran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang berasaskan
Unit Sistem Antarabangsa;
“unit pengukuran” ertinya suatu kuantiti yang boleh ukur tertentu, yang ditakrifkan dan diguna pakai dalam konvensyen, yang dengannya kuantiti lain yang sama jenis dibandingkan bagi menyatakan magnitud relatif pada kuantiti itu;
“unit perolehan” ertinya suatu unit pengukuran yang diperoleh daripada gabungan unit asas;
“Unit Sistem Antarabangsa” ertinya unit sistem pengukuran yang koheren sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen 4(2)
dan singkatan “SI” di mana-mana jua disebut dalam Akta ini hendaklah diiktiraf sebagai sebutan mengenai Unit Sistem
Antarabangsa;
“waktu seragam sejagat” ertinya skala waktu yang disenggarakan oleh Makmal Standard Pengukuran Kebangsaan dan singkatan
“UTC” di mana-mana jua disebut dalam Akta ini hendaklah diiktiraf sebagai sebutan mengenai waktu seragam sejagat itu;
“Waktu Standard Malaysia” ertinya waktu yang diberikan oleh waktu seragam sejagat ditambah lapan jam berasaskan zon waktu
Garis Bujur 120º Timur.
8
Undang-Undang Malaysia
Akta 675