Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PENDAFTARAN SEWA BELI (SARAWAK) (PEMANSUHAN) 2007

Seksyen 3

Kecualian dan peralihan

(2)

Jika suatu permohonan untuk pendaftaran apa-apa dokumen atau surat cara sewa beli telah dibuat dan proses pendaftarannya belum selesai sebaik sebelum Ordinan dimansuhkan, prosiding berkenaan dengan permohonan tersebut boleh diteruskan di bawah

Ordinan yang dimansuhkan itu.

6

Undang-Undang Malaysia

Akta 677

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), apa-apa fi yang telah dibayar untuk pendaftaran apa-apa dokumen atau surat cara sewa beli tidak boleh dibayar balik.

(4)

Bagi maksud subseksyen 10(2), seksyen 11 dan 12 Ordinan, apabila Ordinan dimansuhkan di bawah seksyen 2, Pendaftar hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Ordinan Pustaka Negeri

Sarawak 1999 (Bab 29), memegang simpan suatu salinan dokumen atau surat cara sewa beli berdaftar dan dalam masa enam bulan dari tarikh pemansuhan itu mengemukakan dokumen itu kepada

Pemegang Simpanan Negeri yang ditubuhkan di bawah Bahagian IV