Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(a)
untuk menggalakkan pembangunan pertanian Malaysia yang kukuh;
(b)
untuk menyelaraskan dan menyelia pemberian kredit daripada kumpulan wang awam bagi maksud pertanian oleh pelbagai orang atau badan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;
(c)
untuk mengadakan kemudahan pinjaman, pendahuluan dan kredit lain bagi pembangunan sektor pertanian dan perniagaan berkaitan pertanian;
(d)
untuk menggembleng simpanan dengan perhatian khusus kepada sektor pertanian dan bagi mencapai tujuan ini, untuk menerima simpanan dan deposit bertempoh;
(e)
untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti pertanian;
dan
(f)
untuk menjalankan perniagaan am suatu institusi perkhidmatan kewangan yang moden dan progresif yang memenuhi keperluan kewangan menyeluruh pelanggannya.
Bank Pertanian Malaysia Berhad 13
(2)
Sebagai tambahan kepada segala kuasa Bank sebagaimana yang ditetapkan dalam Memorandum dan Perkara Persatuannya,
Bank boleh—
(a)
meminjam, mendapatkan atau mengambil wang, meminjamkan atau mendahulukan wang dengan atau tanpa cagaran bagi maksud membiayai pengendalian pertanian atau perniagaan berkaitan pertanian;
(b)
membeli, menjual, mendiskaunkan atau mendiskaunkan semula bil pertukaran tempatan dan surat janji hutang yang dikeluarkan atau diterbitkan bagi maksud membiayai pengendalian pertanian atau perniagaan berkaitan pertanian;
(c)
menerima, mendapat atau mengambil deposit dan menyediakan segala jenis akaun deposit termasuklah akaun simpanan, akaun deposit bertempoh dan apa-apa akaun lain yang seumpamanya;
(d)
membuat kunjungan tanpa diminta melalui unit bergeraknya untuk—
(i)
meminta atau memperoleh pembuatan deposit;
atau
(ii)
membuat atau menawarkan untuk membuat apa-apa perjanjian untuk tujuan menerima suatu deposit;
(e)
mengadakan pembiayaan kepada komuniti pertanian;
(f)
berkenaan dengan pengendalian pertanian dan pemasaran hasil pertanian, memberikan atau mengeluarkan surat kredit;
(g)
mengeluarkan dengan mendapat komisen, melanggan, menaja jamin, mengambil, memperoleh, memegang, menjual, menukar dan berniaga syer, saham, bon, dana, obligasi, sekuriti dan pelaburan daripada segala jenis;
(h)
menerima wang dan barang berharga sebagai deposit untuk simpanan selamat;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 684
(i)
bertindak sebagai ejen bagi Kerajaan, mana-mana Kerajaan
Negeri atau pihak berkuasa lain dan bagi badan awam atau badan persendirian atau orang persendirian;
(j)
memperoleh dan mengusahakan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan, harta dan liabiliti mana-mana orang atau syarikat yang menjalankan apa-apa perniagaan yang
Bank dibenarkan menjalankannya, atau memiliki harta yang sesuai bagi maksud Bank;
(k)
menjalankan perniagaan sebagai penyelenggara gudang atau pengurus gudang dan menyewakan, membeli, membina atau selainnya memperoleh gudang bagi apa-apa maksud
Bank;
(l)
memperoleh, memperbaiki, menguruskan, menjayakan, membangunkan, menjalankan segala hak berkenaan dengan, memajakkan, menggadaijanjikan, menjual, melupuskan, membuat keuntungan daripada, dan selainnya membuat apa-apa urusan mengenai—
(i)
harta alih atau harta tak alih dengan tidak mengira hakmilik mengenainya; dan
(ii)
segala jenis hasil dan khususnya hasil pertanian;
(m)
membuat apa-apa perkiraan dengan Kerajaan, mana-mana
Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan, atau selainnya yang kondusif dengan segala tujuan atau mana-mana daripada tujuan Bank, dan untuk mendapatkan daripada mana-mana Kerajaan atau pihak berkuasa itu apa-apa hak, keistimewaan dan konsesi yang difikirkan oleh Bank patut didapatkan, dan untuk melaksanakan, menjalankan dan mematuhi apa-apa perkiraan, hak, keistimewaan dan konsesi itu;
(n)
membeli, menjual dan mendiskaun bil Perbendaharaan
Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang dibenarkan untuk mengeluarkan bil Perbendaharaan;
(o)
menyenggarakan akaun dengan bank lain di Malaysia;
Bank Pertanian Malaysia Berhad 15
(p)
bertindak sebagai wakil, atau ejen bagi mana-mana bank antarabangsa atau institusi kredit pertanian bersifat antarabangsa;
(q)
mengadakan semua jenis perkhidmatan pembayaran dan pungutan, termasuk perkhidmatan giro, mesin juruwang automatik, kad debit, kad kredit dan kad bayar dahulu;
(r)
dengan kelulusan Lembaga, menggunakan kumpulan wang
Bank bagi pelaburan;
(s)
mengadakan perkhidmatan kewangan yang berasaskan prinsip Islam;
(t)
membuka cawangan dan melantik ejen atau wakil di dalam atau di luar Malaysia;
(u)
membayar bunga atas deposit oleh pelanggan dan menentukan kadar bunga itu;
(v)
mengenakan bunga atas pinjaman dan pendahuluan yang dibuat kepada pelanggan dan menentukan kadar bunga itu;
(w)
mengenakan caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan olehnya;
(x)
menjalankan perniagaan insurans pertanian;
(y)
mengadakan jaminan bagi kemudahan pembiayaan pertanian;
(z)
mengadakan perkhidmatan nasihat kewangan dan perniagaan; dan
(aa) melakukan apa-apa perniagaan lain sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Bank Negara.
(3)
Jika mana-mana aktiviti perniagaan yang dijalankan menurut kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (2) menghendaki kelulusan atau pelesenan oleh suatu pihak berkuasa, aktiviti itu boleh dijalankan tertakluk kepada kelulusan atau lesen yang diperoleh daripada pihak berkuasa itu.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 684
(4)
Bagi maksud seksyen ini—
“Bank Negara” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah *Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];
“perkhidmatan giro” ertinya suatu perkhidmatan akaun semasa yang membenarkan pemegang akaun mengeluarkan arahan pembayaran kepada Bank bagi pembayaran kepada mana-mana pihak atau yang membenarkan Bank menerima pembayaran ke dalam akaun seseorang pemegang akaun daripada mana-mana pihak;
“kunjungan tanpa diminta” ertinya lawatan peribadi atau komunikasi lisan tanpa jemputan nyata.
Obligasi sosial