Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Penyata kewangan hendaklah dikemukakan kepada Menteri
Bank hendaklah, dalam masa sembilan puluh hari selepas berakhir setiap tahun kewangan, atau apa-apa tempoh lanjut yang dipersetujui oleh Menteri, mengemukakan kepada Menteri,
*CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701]
yang m.b.p. 25 November 2009—lihat subseksyen 1(1) Akta 701 [P.U.(B) 533/2009] kecuali perenggan 23(8)(b) dan seksyen 61 hingga 66.
Bank Pertanian Malaysia Berhad 17
berkenaan dengan keseluruhan pengendaliannya di dalam dan di luar Malaysia, suatu salinan setiap satu yang dicetak dan dalam bentuk rekod yang disimpan atau dirakamkan dengan cara elektronik dan pada bahan tara elektronik dokumen yang berikut dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Menteri:
(a)
akaun hasil yang diaudit dengan sewajarnya berserta dengan penyata sokongan;
(b)
akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang diaudit dengan sewajarnya berserta dengan penyata sokongan;
(c)
perakuan oleh juruaudit;
(d)
laporan oleh Lembaga tentang pengendaliannya dalam tahun kewangan itu; dan
(e)
akuan berkanun oleh seorang daripada pengarah bukan eksekutifnya dan ketua pegawai eksekutifnya berkenaan dengan perkara dalam perenggan (a), (b) dan (d).
Perlindungan di bawah Akta Bil Pertukaran 1949