Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD 2008

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Bank” ertinya Bank Pertanian Malaysia Berhad yang disebut dalam seksyen 3;

“Bank Pertanian Malaysia” ertinya Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta *Bank Pertanian Malaysia 1969 [Akta 9];

*CATATAN—Akta Bank Pertanian Malaysia 1969 [Akta 9] telah dimansuhkan oleh Akta Bank

Pertanian Malaysia Berhad 2008—lihat seksyen 17 Akta 684.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 684

“harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau tak alih, dan segala hak harta, kepentingan, isemen atau hak, sama ada dari segi ekuiti atau di sisi undang-undang mengenai, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;

“Lembaga” ertinya lembaga pengarah Bank;

“liabiliti” ertinya segala jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi (sama ada pada masa kini atau pada masa hadapan, yang sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau hendaklah dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan oleh Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375];

“tarikh letak hak” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani di bawah subseksyen 4(1);

“terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuklah mempunyai hak mengenai harta pada masa hadapan atau yang kontingen dan hak perkembalian dan baki.