Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Peruntukan peletakhakan
(2)
Tiap-tiap harta yang terletak hak pada Bank menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah terletak hak sedemikian pada Bank dengan hakmilik, hak harta atau kepentingan yang sama dan pemegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh letak hak itu.
(3)
Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak pada Bank menurut kuasa subseksyen (1) boleh, selepas tarikh letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh
Bank atas namanya sendiri, dan tidaklah perlu bagi Bank atau
Bank Pertanian Malaysia memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu tentang peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(4)
Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak pada Bank menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap Bank atas namanya sendiri, dan tidaklah perlu bagi
Bank atau Bank Pertanian Malaysia memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(5)
Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Bank Pertanian Malaysia yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Bank menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada atau selepas tarikh letak hak, diteruskan oleh atau terhadap
Bank.
(6)
Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Bank pada tarikh letak hak,
Bank boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti itu dengan Kerajaan atau mana-mana pihak ketiga.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 684
(7)
Jika menurut kuasa subseksyen (1), mana-mana harta berpindah kepada dan terletak hak pada Bank, peruntukan Bahagian Tiga
Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi Bank seolah-olah ia adalah suatu pihak berkuasa awam.
(8)
Pada dan selepas tarikh letak hak, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Bank di bawah subseksyen (1) yang Bank Pertanian Malaysia menjadi pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh letak hak, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian jenisnya sehingga hak dan liabiliti di bawah perjanjian itu boleh diserahhakkan oleh
Bank Pertanian Malaysia, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah
Bank telah menjadi pihak kepada perjanjian itu.
Pegangan permulaan Kerajaan dalam Bank