Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008

Seksyen 11

Mana-mana orang yang mengeksport semula atau membawa masuk dari laut mana-mana spesies terjadual tanpa perakuan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan —

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi satu juta ringgit pada agregatnya, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 686

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi dua juta ringgit pada agregatnya.

Pemilikan spesies terjadual