Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008

Seksyen 12

Mana-mana orang yang —

(a)

mempunyai dalam miliknya atau di bawah kawalannya;

(b)

menjual, menawarkan atau mendedahkan atau mengiklankan untuk jualan; atau

(c)

mempamerkan kepada awam, mana-mana spesies terjadual yang telah diimport atau dibawa masuk dari laut dengan melanggar seksyen 10 atau 11 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan —

(aa) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi satu juta ringgit pada agregatnya, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;

(bb) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi dua juta ringgit pada agregatnya.

Perdagangan Antarabangsa mengenai 19

Spesies Terancam

Spesies terjadual dalam persinggahan