Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008

Seksyen 13

(a)

suatu permit eksport atau eksport semula, lesen, perakuan atau kebenaran bertulis yang sah, mengikut Konvensyen, yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berwibawa negara pengeksport atau pengeksport semula spesies terjadual, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

jika dikehendaki oleh negara pengimport atau destinasi terakhir spesies terjadual itu, suatu permit import, lesen, perakuan atau kebenaran bertulis yang sah, mengikut

Konvensyen, yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berwibawa negara atau destinasi itu.

(2)

Mana-mana pemunya, pengimport, pengeksport atau pengeksport semula yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan —

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi satu juta ringgit pada agregatnya, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi dua juta ringgit pada agregatnya.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 686

Pembiakbakaan atau pembiakan spesies terjadual