Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008

Seksyen 14

Malaysia hendaklah disertai dengan —

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi satu juta ringgit pada agregatnya, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi dua juta ringgit pada agregatnya.

(2)

Mana-mana orang yang —

(a)

mempunyai dalam miliknya atau kawalannya;

(b)

menjual, menawarkan atau mendedahkan atau mengiklankan bagi jualan; atau

(c)

mempamerkan kepada awam, mana-mana spesies terjadual yang telah dihasilkan dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan —

(aa) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi satu juta ringgit pada

Perdagangan Antarabangsa mengenai 21

Spesies Terancam agregatnya, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;

(bb) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi dua juta ringgit pada agregatnya.

Kuasa untuk menghendaki spesies terjadual untuk ditandakan, dsb.

Section 14 — INTERNATIONAL TRADE IN ENDANGERED SPECIES ACT 2008