Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008

Seksyen 15

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pihak Berkuasa Pengurusan boleh menjenamakan, melabelkan atau menandakan mana-mana spesies terjadual itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana kehendak Pihak

Berkuasa Pengurusan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan —

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

(4)

Mana-mana orang yang mengubah, memalsukan, mencacatkan, memusnahkan, memadamkan, mengalihkan atau dengan apa-apa cara mengganggu apa-apa jenama, label atau tanda yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2) tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Pengurusan

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 686

terlebih dahulu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.

(5)

Dalam seksyen ini, sebutan mengenai melabelkan atau menandakan spesies terjadual termasuk sebutan mengenai yang berikut:

(a)

dalam hal suatu tumbuhan —

(i)

pelabelan atau penandaan bekas yang di dalamnya tumbuhan itu disimpan atau tumbuh; atau

(ii)

peletakan label atau tag pada tumbuhan itu; dan

(b)

dalam hal suatu haiwan —

(i)

pengimplanan peranti boleh imbas dalam haiwan itu;

(ii)

peletakan gelung pada mana-mana bahagian haiwan itu;

(iii)

peletakan (sama ada melalui penyucukan atau selainnya) tag, tatu atau cecincin pada mana-mana bahagian haiwan itu; atau

(iv)

pelabelan atau penandaan bekas yang di dalamnya haiwan itu disimpan.

Perdagangan Antarabangsa mengenai 23

Spesies Terancam