Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008

Seksyen 16

(a)

permit untuk mengimport atau mengeksport mana-mana spesies terjadual;

(b)

perakuan untuk mengeksport semula atau membawa masuk dari laut mana-mana spesies terjadual; dan

(c)

pendaftaran untuk menghasilkan haiwan dibiakbakakan dalam kurungan atau tumbuhan atau haiwan dibiakkan secara buatan daripada mana-mana spesies terjadual bagi maksud perdagangan komersial, hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Pengurusan, mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan dan berserta dengan fi yang ditetapkan.

(2)

Pihak Berkuasa Pengurusan boleh, selepas menimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1) —

(a)

mengeluarkan atau enggan untuk mengeluarkan permit untuk mengimport atau mengeksport mana-mana spesies terjadual;

(b)

mengeluarkan atau enggan untuk mengeluarkan perakuan untuk mengeksport semula atau membawa masuk dari laut mana-mana spesies terjadual; dan

(c)

membenarkan atau enggan untuk membenarkan pendaftaran untuk menghasilkan haiwan dibiakbakakan dalam kurungan atau tumbuhan atau haiwan dibiakkan secara buatan daripada mana-mana spesies terjadual bagi maksud perdagangan komersial.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 686

(3)

Jika

Pihak

Berkuasa

Pengurusan memutuskan untuk mengeluarkan permit atau perakuan, atau membenarkan pendaftaran di bawah subseksyen (2), Pihak Berkuasa Pengurusan boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi atau melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan —

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi empat ratus ribu ringgit.

Pembatalan permit, perakuan atau pendaftaran