Malaysia legislation
Section 17
of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008
Seksyen 17
(a)
pemegang permit, perakuan atau pendaftaran itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;
(b)
pemegang permit, perakuan atau pendaftaran itu telah melanggar mana-mana syarat permit, perakuan atau pendaftaran;
(c)
permit atau perakuan itu telah dikeluarkan, atau pendaftaran itu telah dibenarkan hasil daripada maklumat yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat;
(d)
permit, perakuan atau pendaftaran itu diperoleh secara tidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang; atau
(e)
pemegang permit, perakuan atau pendaftaran itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Perdagangan Antarabangsa mengenai 25
Spesies Terancam
(2)
Jika Pihak Berkuasa Pengurusan membatalkan permit, perakuan atau pendaftaran di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa Pengurusan hendaklah dengan segera memberitahu pemegang permit, perakuan atau pendaftaran itu.
(3)
Jika Pihak Berkuasa Pengurusan telah memberitahu pemegang permit, perakuan atau pendaftaran itu tentang pembatalan permit, perakuan atau pendaftarannya, pemegang permit, perakuan atau pendaftaran itu hendaklah dengan segera menyerahkan balik permit, perakuan atau dokumen yang berkaitan dengan pendaftaran itu kepada
Pihak Berkuasa Pengurusan;
(4)
Mana-mana pemegang permit, perakuan atau pendaftaran yang, tanpa alasan yang munasabah, melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan —
(a)
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya;
(b)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Pembiakbakaan dalam kurungan atau pembiakan buatan