Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008

Seksyen 23

(a)

mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau

(b)

ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi perjalanan penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana pegawai penguat kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.

(2)

Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa pegawai penguat kuasa untuk —

(a)

menggeledah premis itu bagi dan menyita atau mengalihkan dari premis itu mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;

(b)

mengambil sampel mana-mana spesies terjadual atau benda yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di dalam premis itu.

(3)

Seseorang pegawai penguat kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang lain dan kelengkapan yang didapatinya perlu.

(4)

Seseorang pegawai penguat kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu berbuat demikian—

Perdagangan Antarabangsa mengenai 29

Spesies Terancam

(a)

memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;

(b)

mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan di bawah seksyen ini; dan

(c)

menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.

(5)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk mengalihkan mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai penguat kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu di dalam premis itu atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(6)

Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran