Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008

Seksyen 24

Bilamana seseorang pegawai penguat kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan mungkin dijumpai di dalam atau

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 686

pada mana-mana premis, orang atau pengangkut dan bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran di bawah seksyen 23

matlamat penggeledahan mungkin tidak tercapai, dia boleh, tanpa waran, dengan apa-apa bantuan dan dengan menggunakan apa-apa kekerasan sebagaimana yang perlu—

(a)

memasuki dan menggeledah premis itu;

(b)

memberhentikan dan memeriksa orang atau pengangkut itu; dan

(c)

menyita mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang mungkin dijumpai dan boleh menjadi keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.

Kuasa untuk memasuki premis

Section 24 — INTERNATIONAL TRADE IN ENDANGERED SPECIES ACT 2008