Malaysia legislation
Section 25
of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008
Seksyen 25
Walau apa pun seksyen 23 dan 24, seorang pegawai penguat kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis bagi maksud
—
(a)
memeriksa mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
(b)
menentusahkan ketepatan rekod atau pernyataan atau apa-apa maklumat yang diberikan kepada seseorang pegawai penguat kuasa; atau
(c)
mengambil sampel mana-mana spesies terjadual.
Akses kepada data berkomputer