Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008

Seksyen 30

(a)

memulangkan buat sementara pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pemunyanya atau orang yang daripada milik, jagaan atau kawalannya ia

Perdagangan Antarabangsa mengenai 33

Spesies Terancam disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai penguat kuasa berhak kepadanya, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh pegawai penguat kuasa, dan tertakluk, dalam mana-mana hal, pada pengadaan jaminan yang mencukupi yang memuaskan hati pegawai penguat kuasa bahawa pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu akan diserahkan balik kepada pegawai penguat kuasa itu apabila permintaan dibuat oleh pegawai penguat kuasa itu dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi; atau

(b)

memulangkan pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pemunyanya atau orang yang daripada milik, jagaan atau kawalannya ia disita, atau kepada mana-mana orang yang difikirkan oleh pegawai penguat kuasa berhak kepadanya, dengan dibolehkan orang yang kepadanya pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu dipulangkan sedemikian untuk melupuskannya, dengan pemulangan itu tertakluk pada pengadaan jaminan yang memuaskan hati pegawai penguat kuasa itu dalam suatu amaun yang tidak kurang daripada amaun yang, pada pendapat pegawai penguat kuasa itu, merupakan nilai pasaran terbuka pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu pada tarikh pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu dipulangkan sedemikian tertakluk pada syarat bahawa jika pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu dilucuthakkan di bawah Akta ini, jaminan itu hendaklah dilucuthakkan.

(2)

Jika mana-mana pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan yang disita dipulangkan buat sementara di bawah subseksyen (1), seseorang yang—

(a)

tidak menyerahkan balik pengangkut, jentera, peralatan atau kelengkapan itu kepada pegawai penguat kuasa apabila diminta untuk berbuat demikian; atau

(b)

melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1),

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 686

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes