Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008

Seksyen 33

(2)

Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau bagi pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada seseorang pegawai penguat kuasa semasa sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudiannya, jika mahkamah berpendapat patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberi suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

(3)

Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa sesuatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan bagi menyokong pembelaannya semasa perbicaraan.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 686

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi mana-mana pernyataan yang dibuat semasa suatu kawad cam atau terangkum dalam seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta

Keterangan 1950.

(5)

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubung dengan —

(a)

pembuatan; atau

(b)

kandungan, apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seseorang pegawai penguat kuasa semasa sesuatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.

Pelucuthakan spesies terjadual, dsb. yang disita

Section 33 — INTERNATIONAL TRADE IN ENDANGERED SPECIES ACT 2008