Malaysia legislation
Section 34
of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008
Seksyen 34
(2)
Suatu perintah bagi pelucuthakan spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
(3)
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian
Perdagangan Antarabangsa mengenai 37
Spesies Terancam notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu melainkan jika sebelum tamat tempoh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6)
dan (7).
(4)
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (3)
dan bahawa spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu tidak boleh dilucuthakkan boleh, dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada pegawai penguat kuasa yang dalam miliknya spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda itu dipegang bahawa dia menuntut spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu.
(5)
Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai penguat kuasa itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada seorang Majistret Kelas Pertama bagi mendapatkan keputusannya.
(6)
Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
(7)
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (6) merupakan hal perkara bagi atau telah
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 686
digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, maka Majistret hendaklah memerintahkan supaya spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.
(8)
Mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada Pihak Berkuasa Pengurusan dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut, termasuk penghantaran pulang di bawah subseksyen (9) sekiranya
Pihak Berkuasa Pengurusan memutuskan sedemikian.
(9)
Apabila suatu keputusan bagi penghantaran pulang dibuat di bawah Akta ini berkenaan dengan mana-mana spesies terjadual yang telah diimport atau dibawa masuk melalui laut ke dalam Malaysia dengan melanggar Akta ini, dan spesies terjadual itu dibawa ke dalam
Malaysia dalam suatu pengangkut, pemunya atau pengimport spesies terjadual itu atau ejennya hendaklah, jika dikehendaki secara bertulis oleh Pihak Berkuasa Pengurusan, mengadakan atau bertanggungjawab bagi—
(a)
perjalanan percuma bagi pemulangan spesies terjadual itu ke tempat di mana spesies terjadual itu diangkut ke
Malaysia, atau ke mana-mana pelabuhan atau tempat lain yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan; dan
(b)
penyenggaraan dan penyediaan tempat tinggal yang sepatutnya bagi spesies terjadual itu semasa pelayaran, penerbangan atau perjalanan.
(10)
Tiada seorang pun bertanggungan di bawah subseksyen (9)
melainkan jika keputusan penghantaran pulang telah dibuat oleh Pihak
Berkuasa Pengurusan dalam tempoh—
(a)
jika tiada prosiding dimulakan, dua belas bulan dari tarikh spesies terjadual itu diimport atau dibawa masuk melalui laut ke dalam Malaysia; atau
Perdagangan Antarabangsa mengenai 39
Spesies Terancam
(b)
enam bulan dari tarikh prosiding bagi kesalahan yang berkaitan dengan pengimportan atau pembawaan masuk dari laut ke dalam Malaysia itu selesai.
(11)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen
(9)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;
(b)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
Hak harta mengenai spesies terjadual, dsb. yang dilucuthakkan