Malaysia legislation
Section 36
of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008
Seksyen 36
Pelepasan spesies terjadual, dsb. yang disita
Walau apa pun seksyen 34, Pihak Berkuasa Pengurusan boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dilepaskan kepada orang yang daripada milik, jagaan atau kawalannya ia disita.