Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008

Seksyen 37

Kos memegang spesies terjadual, dsb. yang disita

Jika mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Pihak Berkuasa Pengurusan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 686

dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas kesalahan itu, menjadi hutang yang kena dibayar kepada

Pihak Berkuasa Pengurusan atau Kerajaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang itu dan bolehlah didapatkan dengan sewajarnya.