Malaysia legislation
Section 3
of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008
Seksyen 3
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“Akta ini” termasuk apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“bahagian yang mudah dikenali atau terbitan suatu haiwan” ertinya mana-mana bahagian besar yang lengkap atau bahagian atau terbitan suatu haiwan, dalam bentuk semula jadi, disumbat, didinginkan, diawetkan, dikeringkan, diproses atau selainnya dirawat atau disediakan yang boleh atau tidak boleh dikandungkan dalam sediaan, dan termasuk —
(a)
daging, tulang, belulang, kulit, taring, tanduk, tanduk rusa, kelenjar, bulu pelepah, bulu, gigi, kuku, cangkerang, sisik dan telur;
(b)
tisu, darah, lemak, minyak, susu, bisa, air liur, air kencing dan najis;
(c)
apa-apa sebatian kimia yang terbit daripada apa-apa yang disebut dalam perenggan (a) atau (b); dan
Perdagangan Antarabangsa mengenai 9
Spesies Terancam
(d)
apa-apa benda yang didakwa oleh mana-mana orang, atau yang didapati daripada suatu dokumen yang disertakan, pembungkusan, suatu label atau tanda atau daripada apa-apa hal keadaan lain, sebagai mengandungi suatu bahagian atau terbitan suatu haiwan;
“bahagian yang mudah dikenali atau terbitan suatu tumbuhan”
ertinya mana-mana bahagian besar yang lengkap atau bahagian, tisu atau terbitan suatu tumbuhan, dalam bentuk semula jadi, diawetkan, dikeringkan, diproses atau selainnya dirawat atau disediakan yang boleh atau tidak boleh dikandungkan dalam sediaan, dan termasuk —
(a)
biji benih, batang, daun, kulit kayu, akar, balak, bunga, buah atau lenggai;
(b)
apa-apa sebatian kimia yang terbit daripada bahagian, tisu atau ekstrak itu; dan
(c)
apa-apa benda yang didakwa oleh mana-mana orang, atau yang didapati daripada suatu dokumen yang disertakan, pembungkusan, suatu label atau tanda atau daripada apa-apa hal keadaan lain, sebagai mengandungi suatu bahagian atau terbitan suatu tumbuhan;
“dalam persinggahan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967 [Akta 235];
“dibiakbakakan dalam kurungan” merujuk hanya kepada anak, termasuk telur, yang dilahirkan atau selainnya dihasilkan dalam suatu persekitaran terkawal daripada induk yang dipasangkan atau selainnya dipindahkan gametnya dalam suatu persekitaran terkawal;
“dibiakkan secara buatan” merujuk kepada apa-apa —
(a)
tumbuhan, ertinya tumbuhan yang tumbuh di bawah keadaan terkawal daripada biji benih, keratan, bahagian, tisu kalus atau tisu lain, spora atau propagul lain yang sama ada dikecualikan atau telah dihasilkan daripada stok induk yang ditanam; dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 686
(b)
haiwan, ertinya haiwan yang dibiakkan di bawah persekitaran terkawal melalui cara potongan dan pembahagian;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“eksport” ertinya membawa atau menyebabkan supaya dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut, perairan pedalaman atau udara apa-apa spesies terjadual, tetapi tidak termasuk eksport semula;
“eksport semula” ertinya eksport apa-apa spesies terjadual yang sebelum ini telah diimport;
“haiwan” ertinya apa-apa haiwan dalam alam haiwan, dan termasuk —
(a)
apa-apa mamalia (selain manusia), burung, reptilia, amfibia, ikan, moluska, artropod, atau vertebrata atau invertebrata lain, sama ada hidup atau mati, dan telur, yang mudanya atau bentuk tidak matangnya; dan
(b)
apa-apa bahagian yang mudah dikenali atau terbitan sesuatu haiwan;
“import” ertinya membawa atau menyebabkan supaya dibawa ke dalam Malaysia melalui darat, laut, perairan pedalaman atau udara apa-apa spesies terjadual selain apa-apa spesies terjadual dalam persinggahan di Malaysia;
“keadaan terkawal” ertinya suatu persekitaran bukan semula jadi yang dimanipulasikan secara intensif melalui pengantaraan manusia bagi maksud penghasilan tumbuhan dan boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada pembajakan, pembajaan, pengawalan rumpai dan perosak, pengairan, atau pengendalian tapak semaian seperti pemasuan, pembatasan atau perlindungan daripada cuaca;
“Konvensyen”
ertinya
Konvensyen tentang
Perdagangan
Antarabangsa mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam;
Perdagangan Antarabangsa mengenai 11
Spesies Terancam
“kuota” ertinya suatu bilangan atau kuantiti yang ditetapkan apa-apa spesies terjadual yang boleh dieksport atau selainnya digunakan sepanjang suatu tempoh masa yang tertentu;
“membawa masuk dari laut” ertinya pengangkutan ke dalam
Malaysia apa-apa spesies terjadual yang diambil dari persekitaran laut yang bukan di bawah bidang kuasa mana-mana negara, termasuk ruang udara di atas laut, dasar laut dan tanih bawah di bawah laut itu;
“mengiklankan” berhubung dengan spesies terjadual, ertinya memperihalkan, membuat sebutan mengenai atau merujuk dengan apa-apa cara, melalui apa-apa kaedah atau dalam apa-apa bentuk, kepada spesies terjadual itu —
(a)
sama ada secara langsung atau tidak langsung;
(b)
sama ada secara lisan, bertulis, diagram, bergambar, melalui penggunaan simbol atau fotograf, atau dalam apa-apa kombinasinya; atau
(c)
sama ada melalui nama biasa atau nama saintifik spesies terjadual itu atau selainnya;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber asli dan alam sekitar;
“pegawai penguat kuasa” ertinya —
(a)
seseorang pegawai penguat kuasa yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Kedua;
(b)
mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor, termasuk Inspektor yang sedang dalam tempoh percubaan; atau
(c)
mana-mana Pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 686
“pemunya” termasuk mana-mana orang yang pada masa ini bertanggungjawab bagi apa-apa spesies terjadual atau mana-mana orang yang pada masa ini menduduki mana-mana premis;
“pendaftaran” ertinya pendaftaran yang dibenarkan oleh Pihak
Berkuasa Pengurusan di bawah subseksyen 16(2);
“pengangkut” ertinya apa-apa kenderaan, vesel, kapal, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan yang lain sama ada melalui udara, laut atau darat;
“perakuan” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Pihak
Berkuasa Pengurusan di bawah subseksyen 16(2);
“permit” ertinya suatu permit yang dikeluarkan oleh Pihak
Berkuasa Pengurusan di bawah subseksyen 16(2);
“persekitaran terkawal” termasuk suatu persekitaran yang dimanipulasikan bagi maksud menghasilkan spesimen suatu spesies haiwan tertentu yang mempunyai sempadan yang direka bentuk untuk mencegah haiwan, telur atau gamet haiwan itu daripada memasuki atau meninggalkan persekitaran tertentu itu, dan yang ciri-ciri umumnya yang boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada tempat tinggal buatan, penyingkiran buangan, jagaan kesihatan, perlindungan daripada pemangsa, dan makanan yang dibekalkan secara tiruan;
“Pihak Berkuasa Pengurusan” ertinya Pihak Berkuasa Pengurusan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“Pihak Berkuasa Saintifik” ertinya seseorang atau suatu badan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Saintifik Utama di bawah subseksyen 8(2);
“premis” termasuk apa-apa pondok, bangsal, struktur, platform, rumah, bangunan, pengangkut dan tanah sama ada dipagari atau dibina di atasnya atau tidak;
“Pusat Menyelamat” ertinya suatu premis yang ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Pengurusan untuk menjaga kebajikan apa-apa spesies terjadual yang masih hidup, terutamanya yang telah dirampas;
Perdagangan Antarabangsa mengenai 13
Spesies Terancam
“spesies” termasuk subspesies, atau populasi spesies atau subspesies suatu spesies terjadual yang terpisah secara geografi;
“spesies terjadual” ertinya apa-apa haiwan atau tumbuhan, termasuk apa-apa bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan itu yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga;
“stok induk yang ditanam” ertinya sekumpulan tumbuhan yang tumbuh di bawah keadaan terkawal yang digunakan bagi penghasilan semula, mengikut cara yang tidak menjejaskan kemandirian spesies tumbuhan itu dalam hutan atau habitat semula jadi dan disenggarakan dalam kuantiti yang mencukupi bagi pembiakan supaya meminimumkan atau menghapuskan keperluan untuk pengimbuhan daripada hutan atau habitat semula jadi, dengan pengimbuhan itu berlaku hanya sebagai suatu pengecualian dan terhad kepada amaun yang perlu untuk menyenggarakan kecergasan dan produktiviti bahan induk itu;
“tumbuhan” ertinya apa-apa tumbuhan dalam alam tumbuhan, sama ada hidup atau mati, dan apa-apa bahagian yang mudah dikenali atau terbitan suatu tumbuhan.