Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008

Seksyen 40

Seseorang yang—

(a)

mengamang, menghalang, menyekat atau mengganggu mana-mana pegawai penguat kuasa dalam pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini;

(b)

mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini; atau

(c)

sebelum atau selepas apa-apa penyitaan menyebabkan kehilangan, atau merosakkan atau memusnahkan mana-mana spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain untuk menghalang penyitaannya atau penyimpanan selamat spesies terjadual, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.