Malaysia legislation
Section 45
of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008
Seksyen 45
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, maka mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau yang dalam apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—
(a)
boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
(b)
jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
(i)
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
(ii)
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-berjaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
Perdagangan Antarabangsa mengenai 45
Spesies Terancam
Kesalahan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmat