Malaysia legislation
Section 46
of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008
Seksyen 46
Mana-mana orang yang boleh dikenakan mana-mana penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya melainkan jika dia membuktikan—
(a)
bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan tanpa pengetahuan, keizinan atau pembiarannya; dan
(b)
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu.
Pensubahatan dan percubaan