Malaysia legislation
Section 49
of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008
Seksyen 49
Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
mana-mana anggota, pegawai atau pegawai penguat kuasa
Pihak Berkuasa Pengurusan; dan
(b)
mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan
Pihak Berkuasa Pengurusan, pegawai penguat kuasa atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya oleh Pihak Berkuasa Pengurusan, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai semunasabahnya bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya dan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Perlindungan pemberi maklumat