Malaysia legislation
Section 54
of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008
Seksyen 54
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
(a)
menetapkan borang, tempoh, terma, syarat dan sekatan bagi mana-mana permit, perakuan atau pendaftaran, dan mengadakan peruntukan bagi pembatalan dan penggantungan permit, perakuan atau pendaftaran;
(b)
menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan
Pusat Menyelamat;
(c)
menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan haiwan dibiakbakakan dalam kurungan dan tumbuhan atau haiwan dibiakkan secara buatan;
(d)
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan penjenamaan, pembungkusan, penandaan sama ada secara kekal atau sementara dan pelabelan spesies terjadual bagi maksud pengenalan;
(e)
menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan;
(f)
menetapkan rekod dan dokumen yang hendaklah disimpan;
(g)
menetapkan borang-borang bagi maksud Akta ini;
Perdagangan Antarabangsa mengenai 49
Spesies Terancam
(h)
menetapkan fi dan caj yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini; atau
(i)
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
Pencegahan anomali