Malaysia legislation
Section 5
of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008
Seksyen 5
Fungsi Pihak Berkuasa Pengurusan Utama
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 686
(a)
untuk menyelaraskan pelaksanaan dan penguatkuasaan peruntukan Akta ini oleh Pihak Berkuasa Pengurusan dan
Pihak Berkuasa Saintifik;
(b)
untuk berhubung dengan semua negara lain dan sekretariat
Konvensyen tentang segala perkara di bawah Akta ini;
(c)
untuk menyebabkan obligasi negara di bawah Konvensyen dipenuhi;
(d)
untuk mewujudkan kesedaran dan memberikan latihan, pendidikan dan maklumat yang berhubungan dengan
Konvensyen;
(e)
untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang disifatkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Pihak Berkuasa Pengurusan