Malaysia legislation
Section 7
of *AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2008
Seksyen 7
(a)
untuk menyenggarakan rekod perdagangan antarabangsa mengenai spesies terjadual dan menyediakan laporan tahunan dan dwitahunan berkenaan dengan perdagangan itu, dan mengemukakan laporan itu kepada Pihak Berkuasa
Pengurusan Utama pada atau sebelum apa-apa tarikh yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Utama itu;
(b)
untuk menubuhkan Pusat Menyelamat;
(c)
untuk memaklumkan Pihak Berkuasa Pengurusan Utama dalam tempoh yang munasabah tentang kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini; dan
(d)
untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang disifatkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
(2)
Pihak Berkuasa Pengurusan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit atau perakuan, atau membenarkan pendaftaran di bawah Akta ini.
(3)
Pihak Berkuasa Pengurusan boleh berunding dengan dan mendapatkan nasihat Pihak Berkuasa Saintifik dalam melaksanakan kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini.
Pihak Berkuasa Saintifik Utama dan Pihak Berkuasa Saintifik