Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Jawatan seseorang anggota Pihak Berkuasa yang dilantik di bawah perenggan 9(l)(f) menjadi kosong—
(a)
jika dia mati;
(b)
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 45; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c)
jika dia menjadi bankrap;
(d)
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
(e)
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;
(f)
jika peletakan jawatannya diterima oleh Perdana Menteri;
atau
(g)
jika pelantikannya dibatalkan oleh Perdana Menteri.
Pengisian kekosongan